Friday, March 19, 2010

Meigho....

perghh...x pernah-pernah aku tgk teater..tetibe member aku ajak aku g tgk teater...o.k lah...g jugak sebab teater tu nampak macam best je...tiket rm 5 je..buat kat dewan Nurani USM kota bharu..teater ni merupakan johan bagi Negeri Kelantan dalam festival teater...

aku takot adik aku x nak ikot..aku ckp kt dia nk g tgk KL drift 2..sbb kt kelantan mane ada cinema..so, aku ckp tayangan unggul KL drift tu dia wat kecil-kecilan..wakakak..adik aku kene tipu..

teater yang aku tgk ni teater "Meigho"..arahan daripada cikgu zack zaideen..

"Meigho" memaparkan selingkar kisah kehidupan bekas pelacur yang menghadapi saat kematiannya. impak mengamalkan ilmu (meigho) dengan membela saka pelesit untuk sentiasa kelihatan cantik, memikat, dan menundukkan lelaki menyebabkan mek jaghoh sukar untuk menhembukan nafas-nafasnya yang terakhir.

kehidupan sebagai seorang perempuan joget dan pelacur di lorong Jalan Hamzah yang penuh gelumang dosa telah menemukannya dengan seorang lelaki bernama jusoh yang dianggap kekasihnya dan ayah kepada dua orang anaknya iaitu memoon dan meli. Namun, jusoh tidak pernah menafikan anak-anak itu anaknya.

Amalah syirik Mek Jaghoh yang membela saka menyukarkan nya menghadapi kematian sehinggalah Mek Jaghoh dapat mencari waris untuk saka belaannya ditemui....





trailer teater "meigho"
http://www.youtube.com/watch?v=NF8SPpkejsQ

No comments:

Post a Comment